Showing posts with label AlKhairiyah. Show all posts
Showing posts with label AlKhairiyah. Show all posts

Tuesday, September 8, 2015

Solat Sunat Tasbih Berjemaah

Pada 3 September 2015 hari Khamis yang lalu, pihak Panitia Pendidikan Agama Islam, SK Sri Delima telah berjaya menganjurkan Program Solat Sunat Tasbih Berjemaah. Program ini dianjurkan khusus guru-guru wanita SKSD. Progam ini dikepalai oleh Ustazah Fazilah binti Yaacob, merupakan guru di Sekolah Kebangsaan Seri Nilam. 

Program dimulai dengan penerangan mengenai Solat Sunat Tasbih dan kaifiatnya. Menurut beliau sepanjang penglibatan beliau mengimami Solat Sunat Tasbih, itulah Kemudian solat dilaksanakan selamat lebih kurang 45 minit. Usai solat, Ustazah Fazilah memberikan tazkirah ringkas tentang kehidupan dan tanggungjawab muslim terutama sebagai pendidik dan murabbi.





















Thursday, August 20, 2015

Prosedur Pengesahan Arah Kiblat

Pada 17 Ogos 2015, hari Isnin yang lalu, pihak Surau Al-Khairiyah, SKSD telah menerima kunjungan daripada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Mereka yang datang menaiki van rasmi jabatan hadir ke surau kami untuk memenuhi permohonan pihak surau sekolah bagi mendapatkan pengesahan arah kiblat yang tepat. Pengesahan arah kiblat bukan sahaja dibuat di surau tetapi di dewan terbuka sekolah kerana di situ sering diadakan program solat berjemaah.

Prosedurnya kelihatan begitu rumit dan memerlukan pelbagai alatan bagi memastikan ketepatan. Nyata arah kiblat surau sekolah kami kini bergerak sedikit ke kanan berbanding arah kiblat yang asal. Hal ini boleh disebabkan pelbagai faktor, dan antaranya adalah pergerakan muka bumi.

Di sini dilampirkan foto-foto sepanjang pelaksanaan prosedur tersebut dan surat pengesahan yang telah kami perolehi pada hari Rabu baru-baru ini.



















Pegawai dari Jabatan Mufti WPKL bergambar bersama Ustazah Zatul Iffah




Monday, August 17, 2015

Aktiviti Tahun 2015

PROGRAM / AKTIVITI SEPANJANG TAHUN PANITIA AGAMA ISLAM

TAHUN 2015




AKTIVITI

TARIKH
1)  Sambutan Maal Hijrah
10.10.2015
2)  MTQ Peringkat Sekolah
4 MAC 2015
3)  Kem  Ibadah/ Qiamulail
24.4.2015
4)  Bacaan Yassin Murid Tahun 6
SETIAP  HARI JUMAAT
5)  Solat Hajat Perdana
27.8.2015
6)  Ihya’ Ramadhan
-          Tazkirah Ramadhan
-          Pelaksanaan Tadarus  Al-Quran

SEPANJANG BULAN RAMADHAN
7)  KBS 1
13.2.2015
8)  KBS 2
23.4.2015
9)  KBS 3
20.8.2015
10)  KBS 4          
15.10.2015
11)  Majlis Berbuka Puasa/Solat 
       Terawih
9.7.2015
13) Majlis  Khatam Al Quran
24.7.2015
14) Solat berjemaah ( ZOHOR/ ASAR  )
Isnin – Jumaat  
15) Kem literasi 1/ Klinik  Iqra’
Bulan 5
16) Kem literasi 2/ klinik Iqra”
Bulan 9
17) Isra’ Mikraj
11.5.2015
18) Solat Sunat Dhuha.
Selasa
Khamis
Jumaat
 19 ) Gotong  Royong
 Bulan  Januari / April  / June / Ogos  / November
 20 ) Penerbitan Risalah
 Bulan / Hari- Hari Kebesaran Islam
21 ) Tadarus  Al Quran ( Warga Kerja SKSD  )
April
Ogos 
Oktober

Solat Berjemaah Waktu Solat Zohor & Asar





Program Tadarus Al-Quran

Beberapa murid Tahun 1 hingga 6 telah dipilih untuk menyertai Program Tadarus Al-Quran yang dikendalikan oleh guru-guru SK Sri Delima. Sambutan yang diterima amat menggalakkan.







Gotong Royong Surau


Mengecat mural di luar bangunan surau.



Membersih dan mengmas bahagian dalam surau.

Bidang Tugas AJK Surau Al-Khairiyah

BIDANG TUGAS 


1) PENASIHAT :
1.1-Memberi nasihat, pandangan dan idea kepada jawatankuasa surau.
1.2-Memastikan kemajuan dan kecemerlangan surau. 

2) PENGERUSI :
2.1-Menjadi pengerak utama kepada kemajuan surau.
2.2-Mempengerusikan mesyuarat, perjumpaan dan taklimat.
2.3-Membantu dan berkerjasama rapat dengan jawatankuasa ke arah pengurusan surau yang efisyen dan sistematik.
2.4-Merancang aktiviti surau dan menyediakan jadual bertugas bersama AJK lain.
2.5-Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang.
2.6-Membuat penilaian aktiviti untuk pelaporan.

3) TIM. PENGERUSI / NAIB PENGERUSI :
3.1-Menjalankan tugas pengerusi ketika ketiadaannya.
3.2-Membantu pengerusi dalam melaksanakan tugas-tugasnya.
3.3-Membantu dan berhubung rapat dengan pengerusi dan AJK lain.

4) SETIAUSAHA :
4.1-Membuat panggilan mesyuarat dan surat mesyuarat.
4.2-Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat.
4.3-Merancang aktiviti surau dan menyediakan jadual bertugas bersama AJK lain.
4.4-Menyediakan laporan dan dan dokumentasi.
4.5-Membantu dan berhubung rapat dengan pengerusi dan AJK lain.
4.6-Menerima arahan daripada pengerusi dari masa ke semasa.

5) PENOLONG SETIAUSAHA :
5.1-Membantu tugas-tugas setiausaha dan lain-lain tugas dari masa ke semasa.
5.2-Membantu dan berhubung rapat dengan pengerusi dan AJK lain.
5.3-Menerima arahan daripada pengerusi dari masa ke semasa.

6) BENDAHARI :
6.1-Menguruskan hal ehwal kewangan surau dan menyediakan laporan penyatanya .
6.2-Memikirkan usaha-usaha untuk mengisi tabung surau bersama AJK lain.

6-a) BENDAHARI II :
6.1a-Membantu bendahari menguruskan hal ehwal kewangan surau dan menyediakan laporan penyatanya .
6.2a-Memikirkan usaha-usaha untuk mengisi tabung surau bersama AJK lain. 


7) AJK DAKWAH DAN IBADAH :
7.1-Merancang aktiviti dakwah dan ibadah.
7.2-Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang dan menyediakan laporan pelaksanaan.
7.3- Melaksanakan arahan daripada pengerusi dari masa ke semasa. 

8) AJK TARBIYAH DAN NADWAH :
8.1-Merancang aktiviti Tarbiyah dan Nadwah.
8.2-Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang dan menyediakan laporan pelaksanaan.
8.3- Melaksanakan arahan daripada pengerusi dari masa ke semasa.


9) AJK PENERBITAN DAN MINI PERPUSTAKAAN :
9.1-Merancang aktiviti penerbitan dan mini perpustakaan.
9.2-Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang dan menyediakan laporan pelaksanaan.
9.3-Membantu penyebaran bahan-bahan risalah agama drp JPN / KPM.
9.4-Menyediakan catatan dan sinopsis bagi aktiviti majlis ilmu untuk penyebaran kepada warga sekolah.
9.5- Melaksanakan arahan daripada pengerusi.

10) AJK KEBERSIHAN DAN KECERIAAN :
10.1-Merancang aktiviti kebersihan dan keceriaan.
10.2-Memastikan kebersihan surau dalaman dan luaran dan juga kebersihan tempat wuduk dan luarannya.
10.3-Menyediakan jadual bertugas untuk memastikan kebersihan surau.
10.4-Mengemaskinikan keceriaan surau supaya sentiasa kemas dan menarik.
10.5- Melaksanakan arahan daripada pengerusi dari masa ke semasa.

11) AJK KEBAJIKAN DAN PERALATAN :
11.1-Menguruskan kebajikan ahli jemaah surau dari segi keselamatan, keselesaan dan pengiktirafan.
11.2-Mengadakan khidmat kebajikan kepada ahli jemaah surau.
11.3- Memastikan peralatan surau berfungsi dengan baik dan selamat digunakan.
11.4-Mengemaskinikan peralatan surau dan memikirkan keperluan.
11.5-Merancang dan melaksanakan aktiviti yang telah dirancang dan menyediakan laporan pelaksanaan.
11.6- Melaksanakan arahan daripada pengerusi dari masa ke semasa.

12) AJK KESELAMATAN DAN DISIPLIN :
12.1-Memastikan kawalan disiplin di surau semasa solat dan perlaksanaan aktiviti.
12.2-Menghidupkan budaya sahsiah Islam di surau.
12.3-Melaksanakan arahan daripada pengerusi dari masa ke semasa. 

13) PEMERIKSA KIRA-KIRA :
13.1-Menjalankan pemeriksaan kira-kira surau dari masa ke semasa.
13.2-Melaksanakan kira-kira dengan jujur dan amanah.

SEMOGA SEGALA USAHA YANG DIBERIKAN AKAN
MENDAPAT GANJARAN YANG SETIMPAL DARIPADA
ALLAH TAALA. 


Copyright @ 2013 Surau Al-Khairiyah.