Monday, August 17, 2015

Filled Under:
, ,

Bidang Tugas AJK Surau Al-Khairiyah

BIDANG TUGAS 


1) PENASIHAT :
1.1-Memberi nasihat, pandangan dan idea kepada jawatankuasa surau.
1.2-Memastikan kemajuan dan kecemerlangan surau. 

2) PENGERUSI :
2.1-Menjadi pengerak utama kepada kemajuan surau.
2.2-Mempengerusikan mesyuarat, perjumpaan dan taklimat.
2.3-Membantu dan berkerjasama rapat dengan jawatankuasa ke arah pengurusan surau yang efisyen dan sistematik.
2.4-Merancang aktiviti surau dan menyediakan jadual bertugas bersama AJK lain.
2.5-Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang.
2.6-Membuat penilaian aktiviti untuk pelaporan.

3) TIM. PENGERUSI / NAIB PENGERUSI :
3.1-Menjalankan tugas pengerusi ketika ketiadaannya.
3.2-Membantu pengerusi dalam melaksanakan tugas-tugasnya.
3.3-Membantu dan berhubung rapat dengan pengerusi dan AJK lain.

4) SETIAUSAHA :
4.1-Membuat panggilan mesyuarat dan surat mesyuarat.
4.2-Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat.
4.3-Merancang aktiviti surau dan menyediakan jadual bertugas bersama AJK lain.
4.4-Menyediakan laporan dan dan dokumentasi.
4.5-Membantu dan berhubung rapat dengan pengerusi dan AJK lain.
4.6-Menerima arahan daripada pengerusi dari masa ke semasa.

5) PENOLONG SETIAUSAHA :
5.1-Membantu tugas-tugas setiausaha dan lain-lain tugas dari masa ke semasa.
5.2-Membantu dan berhubung rapat dengan pengerusi dan AJK lain.
5.3-Menerima arahan daripada pengerusi dari masa ke semasa.

6) BENDAHARI :
6.1-Menguruskan hal ehwal kewangan surau dan menyediakan laporan penyatanya .
6.2-Memikirkan usaha-usaha untuk mengisi tabung surau bersama AJK lain.

6-a) BENDAHARI II :
6.1a-Membantu bendahari menguruskan hal ehwal kewangan surau dan menyediakan laporan penyatanya .
6.2a-Memikirkan usaha-usaha untuk mengisi tabung surau bersama AJK lain. 


7) AJK DAKWAH DAN IBADAH :
7.1-Merancang aktiviti dakwah dan ibadah.
7.2-Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang dan menyediakan laporan pelaksanaan.
7.3- Melaksanakan arahan daripada pengerusi dari masa ke semasa. 

8) AJK TARBIYAH DAN NADWAH :
8.1-Merancang aktiviti Tarbiyah dan Nadwah.
8.2-Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang dan menyediakan laporan pelaksanaan.
8.3- Melaksanakan arahan daripada pengerusi dari masa ke semasa.


9) AJK PENERBITAN DAN MINI PERPUSTAKAAN :
9.1-Merancang aktiviti penerbitan dan mini perpustakaan.
9.2-Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang dan menyediakan laporan pelaksanaan.
9.3-Membantu penyebaran bahan-bahan risalah agama drp JPN / KPM.
9.4-Menyediakan catatan dan sinopsis bagi aktiviti majlis ilmu untuk penyebaran kepada warga sekolah.
9.5- Melaksanakan arahan daripada pengerusi.

10) AJK KEBERSIHAN DAN KECERIAAN :
10.1-Merancang aktiviti kebersihan dan keceriaan.
10.2-Memastikan kebersihan surau dalaman dan luaran dan juga kebersihan tempat wuduk dan luarannya.
10.3-Menyediakan jadual bertugas untuk memastikan kebersihan surau.
10.4-Mengemaskinikan keceriaan surau supaya sentiasa kemas dan menarik.
10.5- Melaksanakan arahan daripada pengerusi dari masa ke semasa.

11) AJK KEBAJIKAN DAN PERALATAN :
11.1-Menguruskan kebajikan ahli jemaah surau dari segi keselamatan, keselesaan dan pengiktirafan.
11.2-Mengadakan khidmat kebajikan kepada ahli jemaah surau.
11.3- Memastikan peralatan surau berfungsi dengan baik dan selamat digunakan.
11.4-Mengemaskinikan peralatan surau dan memikirkan keperluan.
11.5-Merancang dan melaksanakan aktiviti yang telah dirancang dan menyediakan laporan pelaksanaan.
11.6- Melaksanakan arahan daripada pengerusi dari masa ke semasa.

12) AJK KESELAMATAN DAN DISIPLIN :
12.1-Memastikan kawalan disiplin di surau semasa solat dan perlaksanaan aktiviti.
12.2-Menghidupkan budaya sahsiah Islam di surau.
12.3-Melaksanakan arahan daripada pengerusi dari masa ke semasa. 

13) PEMERIKSA KIRA-KIRA :
13.1-Menjalankan pemeriksaan kira-kira surau dari masa ke semasa.
13.2-Melaksanakan kira-kira dengan jujur dan amanah.

SEMOGA SEGALA USAHA YANG DIBERIKAN AKAN
MENDAPAT GANJARAN YANG SETIMPAL DARIPADA
ALLAH TAALA. 


0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 Surau Al-Khairiyah.