Thursday, August 20, 2015

Filled Under:
, , ,

Prosedur Pengesahan Arah Kiblat

Pada 17 Ogos 2015, hari Isnin yang lalu, pihak Surau Al-Khairiyah, SKSD telah menerima kunjungan daripada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Mereka yang datang menaiki van rasmi jabatan hadir ke surau kami untuk memenuhi permohonan pihak surau sekolah bagi mendapatkan pengesahan arah kiblat yang tepat. Pengesahan arah kiblat bukan sahaja dibuat di surau tetapi di dewan terbuka sekolah kerana di situ sering diadakan program solat berjemaah.

Prosedurnya kelihatan begitu rumit dan memerlukan pelbagai alatan bagi memastikan ketepatan. Nyata arah kiblat surau sekolah kami kini bergerak sedikit ke kanan berbanding arah kiblat yang asal. Hal ini boleh disebabkan pelbagai faktor, dan antaranya adalah pergerakan muka bumi.

Di sini dilampirkan foto-foto sepanjang pelaksanaan prosedur tersebut dan surat pengesahan yang telah kami perolehi pada hari Rabu baru-baru ini.



















Pegawai dari Jabatan Mufti WPKL bergambar bersama Ustazah Zatul Iffah




0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 Surau Al-Khairiyah.